Followers

Cream Puff

 
 
 

Resepi nie ade pada keluaran Majalah Aroma bulan Mei. Resepi asal Nik skodeng dari Blog Kak Azlita Aziz tau..nampak je macam susah tp senang je nak buat...sedap sangat rasanye. Anak-anak Nik semuanye suka..


 
Ni cara-cara nak buat dia..
 
 
 
 
 
 
Bahan A untuk kulit :
 
350ml air
80gm marjerin
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
 
 
Bahan B :
 
230gm tepung gandum (nik ayak dulu)
1 sudu teh baking powder
 
 
Bahan C :
 
5 biji telur Gred A (jangan lupa buang tali pusat ye nanti hanyir)
2 sudu teh esen vanilla
 
* Sedikit gula aising (untuk ditaburkan atas cream puff)
 
 
 
 
Bahan Inti Kastad :
 
50gm tepung kastad
100gm gula kastor
300ml air
1/2 tin susu cair (guna Idea)
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen vanilla
 
 
Cara membuat inti kastad.
  1. Masak semua bahan tadi diatas api sederhana sehingga pekat.
  2. Sentiasa dikacau dan sejukkan seketika.
  3. Ambil adunan tadi masukkan kedalam piping bag.
 
Cara membuat kulit :
  1. Panaskan bahan A sehingga mendidih dan merjerin menjadi cair.
  2. Masukkan bahan B, kacau sehingga tidak melekat pada senduk.
  3. Angkat dan sejukkan selama lebih kurang 5 miniy
  4. Masukkan adunan campuran tadi ke dalam mixer bersama-sama adunan C.
    Putar sampai adunan licin dan tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan adunan kedalam piping bag yang telah diletakkan bersama Nozel bentuk bunga.
  6. Picitkan kedalam dulang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit sampai warna menjadi kuning keemasan.
  8. Sejukakn dan belahkan 2 tapi jangan smpai putus. Kalau nak senang guna gunting sahaja cepat sikit.
  9. Picitkan kastad yg telah dimasukkan kedalam piping bag tadi.
  10. Taburkan sedikit gula aising di atas cream puff.
  11.  
     
     
    ** SELAMAT MENCUBA **
    (^,^)
     
     
     
     
    

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.